BAHAGIAN PERKHIDMATAN, JABATAN PERPUSTAKAAN UTM

Seksyen Perkhidmatan Maklumat

Seksyen Perkhidmatan Maklumat

Pengenalan

Seksyen Perkhidmatan Maklumat (SPM) memegang peranan yang sangat penting dalam memastikan akses kepada sumber maklumat dapat dibekalkan kepada para pengguna. Selain itu, SPM turut berperanan dalam merancang dan menyediakan kemudahan dan memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan memenuhi keperluan pengguna pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan perkhidmatan dalam mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan yang diberikan. Struktur organisasi SPM telah dikemaskini pada 23 Julai 2022 dengan dua seksyen utama iaitu Seksyen Perkhidmatan dan Seksyen Penyelidikan. Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Eksekutif Bil 3/2023 pada 11 Julai 2023, nama Seksyen Perkhidmatan telah ditukar kepada Seksyen Perkhidmatan Maklumat. SPM terutamanya memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan dan kemudahan seperti perkhidmatan rujukan, perkhidmatan peredaran, promosi dan penganjuran program-program yang memasyarakatkan perpustakaan. Ia juga bertanggungjawab untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna. Seksyen ini diketuai oleh Ketua Seksyen dan terdiri daripada 4-unit iaitu Unit Perundingan Maklumat, Unit Pengurusan Maklumat, Unit Promosi dan Hub Pendidikan Tinggi Pagoh (HPPT).

  • Untuk menyediakan perkhidmatan runding rujuk kepada pelanggan dalam membantu mendapatkan maklumat dan menggunakan perpustakaan dengan berkesan.
  • Untuk memasarkan perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan agar penggunan bahan dan kemudahan yang disediakan dapat dieksploitasikan ke tahap maksimum.
  • Untuk membekalkan maklumat dan bahan yang diperlukan pelanggan dengan tepat dan mengikut jangkamasa yang ditetapkan.
  • Untuk memastikan pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD), Sarjana dan Ijazah mendapat kemahiran pencarian maklumat melalui program pendidikan pengguna yang disediakan.
  • Untuk menyediakan akses mudah maklumat daripada pangkalan data langganan Perpustakaan UTM dan lain-lain sumber maklumat.

Objektif

Fungsi

  • Memberi perkhidmatan perundingan maklumat dan perkhidmatan pembekalan penerbitan kepada pelanggan dalam membantu mereka mendapatkan maklumat dan bahan Perpustakaan dengan berkesan.
  • Memasarkan perkhidmatan Perpustakaan kepada pelanggan agar penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan dapat dieksploitasikan ke tahap maksima.
  • Menyediakan maklumat dan bahan yang bertepatan dengan keperluan dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pengguna.
  • Membantu pengguna dalam kaedah pencarian maklumat dari pelbagai sumber.
  • Memberi akses mudah kepada maklumat dari pangkalan data atas talian langganan Perpustakaan dan lain-lain maklumat digital yang terdapat di Internet.
  • Mengadakan aktiviti promosi bagi menggalakan penggunaan pangkalan data atas talian langganan Perpustakaan di kalangan pengguna.
  • Menyedia dan memuatkan pakej maklumat elektronik di portal Perpustakaan.

Carta Fungsi

Unit² di Seksyen Perkhidmatan Maklumat

Unit Perundingan Maklumat

Teras utama Seksyen Perkhidmatan adalah runding rujuk dan maklum balas kepada para pelanggan Perpustakaan UTM

Unit
Pengurusan Maklumat

Perpustakaan UTM memainkan peranan yang penting dalam menyokong ekosistem pembudayaan ilmu dan membaca universiti selain menyokong pembelajaran sepanjang hayat

Unit
Promosi
Promosi

Unit Promosi bertanggungjawab dalam memastikan Perpustakaan UTM dikenali oleh para penggunanya 

Jumlah staf di Seksyen Perkhidmatan Maklumat:

-kemaskini sehingga Julai 2024-

Penghargaan Pengguna

★★★★★

“I would like to thank all staff of library for assisting the students to reaching and supporting

-CSI UTM Library 2024-

★★★★★

I am a regular user of PRZS. So far this library very suite my needs except for a certain facilities provided.”

 

-CSI UTM Library 2024-

★★★★★

“I almost live in the library, it’s more cozy and refresh than home. I come up with a lot of working progress here. I really appreciate the all-year-round opening of the library.

-CSI UTM Library 2024-

Peratusan Kaji Selidik Pengguna, Perpustakaan UTM:

%

2022

2022

%

2023 (Phase I)

2023-I

%

2023 (Phase II)

2023-I

%

2024 (Phase I)

2024-I

%

2024 (Phase II)

2024-I

%

2025 (Phase I)

2022

%

2025 (Phase II)

2023-I

IKUTI KAMI DI PLATFORM BERIKUT :