Bahagian Pentadbiran dan Koporat (BTK), Perpustakaan UTM, telah menganjurkan program bengkel semakan dasar berbayar Perpustakaan UTM bersama Pustakawan UTM pada 8 Ogos 2018.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan & Pembangunan), Pn. Nor Askin Binti Mohamad, dan dihadiri oleh 20 orang Pustakawan  yang terpilih dari pelbagai bahagian. Perjalanan bengkel diteruskan dengan pembahagian kepada tiga (3) kumpulan yang terdiri daripada ketua bahagian di setiap kumpulan yang bertindak sebagai ketua kumpulan dan wakil pembentangan.

Perbincangan semakan dasar berbayar Perpustakaan UTM adalah julung kali diadakan bagi membincangkan peranan bahagian masing-masing dalam perkhidmatan berbayar Perpustakaan UTM. Dasar berbayar Perpustakaan UTM disemak pada kali terakhir adalah pada tahun 2016. Bengkel ini mengambil pendekatan dengan perbincangan peringkat kumpulan mengikut peranan perkhidmatan yang ditawarkan mengikut bahagian tertentu dan semakan perbandingan penanda aras perhidmatan berbayar oleh perpustakaan universiti lain.

Keutamaan perbincangan adalah melibatkan perkhidmatan yuran luar Perpustakaan UTM, perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (ILL), dan perkhidmatan penganjuran latihan/kursus/bengkel berbayar. Peserta bengkel telah memberi kerjasama yang baik sepanjang bengkel dijalankan di mana setiap kumpulan telah menyiapkan draf semakan dasar berbayar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bengkel ini akan diteruskan dengan lanjutan bengkel perbincangan draf dasar semakan perkhidmatan berbayar perpustakaan UTM ke-2 yang akan dijadualkan pada Oktober 2018 dan seterusnya sehingga dasar berbayar Perpustakaan UTM dapat dipinda secara rasmi pada 2019.

 

 

Share this :