Perpustakaan Raja Zarith Sofiah telah menerima kunjungan lawatan daripada pelajar dan guru Program Perakaunan Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru pada 6 September 2018 yang lepas. Seramai 30 orang pelajar dan tiga orang pensyarah telah menyertai lawatan tersebut.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Maklumat, Penyelidikan, dan Sirkulasi, PRZS telah berbesar hati membawa pelajar dan guru melihat dengan lebih dekat koleksi, perkhidmatan, dan fasiliti yang disediakan di PRZS termasuk  Koleksi Khas UTM, Koleksi Canselor, Koleksi Tesis UTM, dan Koleksi Khazanah Intelektual Johor.

Selain dari PRZS, pelajar dan guru juga telah mengunjungi Azman Hashim International Business School untuk mempelajari dan mengetahui dengan lebih mendalam gaya pembelajaran yang dipraktikkan oleh pelajar sekolah tersebut. Pelawat juga telah diberi penerangan dari Pejabat Bendahari tentang perekodan transaksi dan cara penyimpanan dokumen sumber.

 

Share this :