Sinergi 4.0 UTM yang dilaksanakan pada 1 Julai 2018, telah menyaksikan penggabungan di antara Fakulti Alam Bina (FAB) dan Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (FGHT). Maka Perpustakaan FGHT yang terletak di Aras 1, Bangunan C02 juga telah bergabung dan berpindah ke bangunan baru di Aras 1 Bangunan B02, Perpustakaan FABU. Justeru itu, semua perkhidmatan merujuk dan peminjaman bahan akan dilakukan oleh staf yang ditugaskan di Perpustakaan FABU iaitu Pembantu Perpustakaan Kanan, Pn. Zalinda Shuratman dan  Pembantu Operasi , En. Sudiman Hamjah.

Sejumlah 6,890 naskhah tesis dan buku telah dipindahkan dengan kerjasama staf daripada Bahagian Pengurusan Koleksi, FABU dan Perpustakaan Fakulti yang lain. Projek perpindahan ini mengambil masa 2 hari bermula pada 28.8.2018 hingga 29.8.2018. Projek gotong-royong perpindahan ini dimulakan dengan menurunkan bahan dari rak, mengikat bahan, menanggalkan rak dan menyusun bahan ditempat baru.

Perpustakaan UTM yakin bahawa penggabungan ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan Perpustakaan Fakulti. Kronologi proses perpindahan bahan dari Perpustakaan FGHT ke Perpustakaan FABU adalah seperti berikut :

  • Pemilihan bahan dan menurunkan bahan dari rak
  • Mengikat bahan dengan kemas
  • Menyusun bahan ditempat yang sesuai
  • Pemunggahan bahan ke dalam kenderaan untuk di bawa ke lokasi yang baharu
  • Pemasangan rak
  • Membuka ikatan dan menyusun bahan ke rak

Proses membuka  rak buku di Perpustakaan FGHT

Proses memunggah bahan untuk dipindahkan ke Perpustakaan FABU

Manakala Perpustakaan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) telah berpindah ke bangunan baru iaitu dari blok P06 ke blok P02 pada 21-23 Feb 2017. Ianya diselia oleh Encik Abd. Rahman Ali selaku Pembantu Pustakawan. Perpustakaan FKE telah memulakan operasinya di bangunan baru pada 13 Feb 2017 yang lalu. Sejumlah 15,000 naskhah tesis dan 1000 naskhah buku telah berjaya dipindahkan dengan kerjasama staf. Semoga perkhidmatan Perpustakaan FKE lebih mantap dan efisien di lokasi baru.

Proses Penyusunan bahan buku dan tesis di Perpustakaan FABU

 

Pemasangan rak buku di Perpustakaan FABU

Perpustakaan FABU setelah penggabungan

.

 

Share this :