Program Bicara Karya “Pages From My Past” anjuran Perpustakaan UTM Pagoh telah diadakan pada 13 Mac 2019, di Bilik Seminar Klorofil, UTM Pagoh. Program ini telah disampaikan oleh penulis buku, En. Kamaruddin Abdullah yang juga merupakan penulis buku “Pages From My Past” dan “More Pages From My Past”. En. Kamaruddin Abdullah lahir di Muar pada tahun 1949 dan beliau berkata, tujuan beliau menulis buku-buku ini adalah supaya ianya menjadi tatapan generasi akan datang dan memberi gambaran bagaimana kehidupan generasi terdahulu.

Kedua-dua buku tersebut mengisahkan pengalaman beliau hidup di Muar sekitar tahun 1950-an dan 1960-an di Muar dan juga diselit fakta-fakta sejarah yang menarik mengenai bandar Muar. Dalam program bicara karya ini, beliau berkongsi mengenai budaya hidup, pengangkutan, sejarah Jambatan Sultan Ismail, ekonomi penduduk Muar pada ketika itu, tempat-tempat bersejarah di Muar dan sejarah makanan ikonik Muar seperti mee bandung, laksa Johor, sarapan sate, pisang goreng dimakan bersama sambal kicap dan banyak lagi.

Perpustakaan UTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Kamaruddin Abdullah atas sumbangan buku sebanyak 10 naskhah untuk setiap tajuk buku beliau kepada Perpustakaan UTM.

Untuk melihat galeri penuh, sila layari pautan ini >>> Galeri Perpustakaan UTM

Disediakan oleh En Mohd Hazim Yusof

 

Share this :