Read & Relax Siri 6 bagi bangunan Perpustakaan Raja ZarithSofiah diteruskan lagi pada 28 Mac, Khamis jam 2.30 hingga 3.30 petang, di Ruang Terbuka, Aras 1, PRZS. Moderator untuk Sesi Read & Relax pada kali ini ialah En Hasanul Manzar Ismail manakala Cik Fadzleena Siam sebagai pelapor.

Encik Murad Mokhtar mengulas buku bertajuk Pengalaman sebagai pengawal keselamatan

 

Kisah yang dialami ketika bertugas di sekolah dan bilik mayat hospital di Johor Bahru.Setiap lokasi bertugas mempunyai peraturan dan etika kerja yang berlainan namun bersesuaian dengan tugas yang diamanahkan oleh majikan.

Tugas sebagai pengawal keselamatan sangat mencabar dan tidak semudah yang dijangka oleh masyarakat kerana ianya melibatkan beberapa faktor. Diantaranya faktor keselamatan pengawal/staf yang bertugas di lokasi misalnya guru-guru disekolah/pelawat.Faktor yang kedua ialah menjaga harta benda di sekolah supaya ianya dalam keadaan baik dan selamat sepanjang tempoh masa pengawal bertugas di lokasi. Seterusnya ialah faktor ketepatan masa ketika membuat rondaan di lokasi.

Dugaan yang dihadapi semasa bertugas contohnya gangguan dari makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia (syaitan/jin), kebakaran yang berpuncadari kecuaian pihak lain yang berada di lokasi dan kes pecah masuk di sekolah.Kita perlu mengetahui ada makhluk yang berada di sekeliling kita dan mesti menjaga tingkahlaku dan percakapan contohnya ketika berada ditempat yang kita baru kunjungi/lawati.

Puan Haliza Zainal mengulas buku bertajuk Be careful of this woman

Buku hasil karangan Rahayu Rahmat diterbitkan dalam Bahasa Inggeris keluaran 2018 mengandungi 120 mukasurat dan boleh diperolehi melalui pembelian secara atas talian (Amazon).

Ianya berbentuk autobiografi penulis buku tersebut iaitu Rahayu Rahmat. Penulis mendedikasikan buku yang berkaitan perjuangan hidup dan motivasi untuk golongan gelandangan, individu yang dijangkiti HIV dimana mereka tiada tempat perlindungan. Disampingitu, hasil dari setiap jualan adalah disalurkan kepada rumah kebajikan yang ditubuhkan olehpenulis iaitu Sinar Sofia dan memberi sokongan kepada golongan tersebut bekerja serta mendapatkan kehidupan mereka kembali di landasan yang betul.

Pengulas tertarik untuk membacabuku ini kerana ianya menegaskan ibubapa perlu memberi pendidikan dan penjagaan yang baik dan betul kepada anak-anak terutama anak perempuan, memberitahu masyarakat kaedahrawatan HIV positif dan berkaitan gaya hidup seseorang yang boleh berubah dari penagih dadah kepada manusia normal yang menjalani gaya hidup sihat.

Setiap individu perlu sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif atas segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.Disamping itu juga, kita tidak boleh menghakimi seseorang hanya berdasarkan penampilan luaran seseorang dan tidak boleh menghukum orang lain dengan sewenang-wenangnya tanpa mengenali atau mengetahui kisah sebenar/latarbelakang orang tersebut.

Disediakan oleh : Fadzleena Siam

Share this :