Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah meneruskan program read & relax siri 20 dengan dua orang pengulas iaitu En. Mohd Fuad Mohamed Yusof dan Pn Siti Anniza Aznan. Manakala Moderator ialah En. Alias Bin Ahmad dan pelapor adalah Pn. Shitynoor Binti Ahmad Mizam

En. Mohd Fuad Mohamed Yusof mengulas buku bertajuk Picture Yourself Getting The Most Out Of Your Digital SLR Camera

Pengulas pertama menerangkan langkah demi langkah bagaimana mengambil gambar yang cantik walaupun dengan hanya menggunakan telefon bimbit, di samping berkongsi pengetahuan fungsi komponen pada kamera.

SLR (Single Lense Reflector) mengandungi komponen lense, sensor dan lain-lain. Pelbagai maklumat berkenaan kamera boleh dilihat dari buku ini dan diterangkan secara jelas.

Gambar yang cantik boleh diambil dengan menggunakan samada ‘kit lense’ (gambar biasa), ‘wide lense’ (gambar penuh) dan juga ‘zoom lense’ (menonjolkan subjek dihadapan manakala latar belakang akan dikaburkan).

‘Flash’ kamera boleh digunakan apabila cahaya berada di belakang subjek agar subjek tidak gelap didalam gambar.

Manakala teknik ‘moonlight’ amat sesuai digunakan untuk mengambil gambar pada waktu malam seperti gambar bulan.

Pada akhir ulasan, pengulas menyarankan agar setiap gambar yang dirakam mempunyai jalan penceritaan di sebalik gambar bagi memberikan sentuhan tersendiri kepada mereka yang melihatnya.

Pn. Siti Anniza binti Aznan mengulas buku bertajuk Road To Japan

Pengulas kedua telah mengupas buku berkaitan tips perjalanan ke negara Jepun secara ‘backpakers’. Buku ini telah ditulis oleh En. Jack S Adli atau lebih dikenalik sebagai ‘Tok’ di dalam group Facebook “Road To Japan”.

Buku panduan lengkap dengan pelbagai maklumat penting merangkumi kos, nama lokasi, itinerari, termasuk asas bahasa dan etika masyarakat Jepun dapat memberi gambaran yang jelas kepada pengembara dalam membantu membuat perancangan yang rapi serta bijak mengikut kesesuaian masa dan duit samada secara individu atau berkumpulan. yang berbaloi.

Seperti kata pepatah jauh perjalan luas pengetahuan. Buku ini merupakan bonus kepada pengembara kerana dapat membantu mereka yang baru bermula berjinak dalam dunia “backpackers” menyelami ilmu selain mempelajari budaya masyarakat agar selesa dan tidak canggung sepanjang berada di bumi sakura itu.

Disediakan oleh Puan Shitynoor binti Ahmad Mizam.

 

Share this :