Program Book Sharing Siri 5 telah berlangsung pada 20 Februari 2020 di Perpustakaan Menara Kuala Lumpur menampilkan dua orang penyampai iaitu Puan Rohaida Binti Hasan, Penolong Jurutera, Pejabat Harta Bina, UTM Kuala Lumpur  dan Puan Nurul Aizzah Binti Ahmad Razali, Pegawai Tadbir, Pejabat Pendaftar, UTM Kuala Lumpur.

Pn. Rohaida Binti Hasan mengulas buku bertajuk Anakku Sayang, penulis Hj. Hushim Hj. Salleh.

Pengulas pertama iaitu Puan Rohaida Binti Hasan telah berkongsi buku yang bertajuk Anakku Sayang karya Hj. Hushim Bin Hj. Salleh. Buku ini menyentuh beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi melahirkan anak cemerlang. Ia dibentuk melalui sikap ibu dan bapa yang memberi kesan positif kepada anak-anak. Amalan kecil seperti mezahirkan ucapan terima kasih umpamanya mampu memberi impak kepada perlakuan anak-anak. Sikap membezakan anak-anak dari segi sikap, rupa dan sebagainya adalah satu kesilapan yang akhirnya mewujudkan perasaan dendam dalam diri anak-anak. Apatah lagi, panggilan negatif yang akan menyebabkan anak-anak berasa rendah diri.

Tambah beliau lagi, komunikasi merupakan senjata penting di dalam membentuk peribadi anak-anak. Melaluinya kita belajar memahami masalah dan kehendak anak-anak. Didikan yang sempurna dari rumah mampu melahirkan anak yang cemerlang, berdisiplin dan berakhlak.

Puan Nurul Aizzah Binti Ahmad Razali mengulas bertajuk Meniti Hari, penulis Umi Aiman

Penyampai ke dua iaitu Puan Nurul Aizzah Binti Ahmad Razali telah berkongsi sebuah buku yang bertajuk Meniti Hari hasil karya Umi Aiman. Ia adalah perkongsian pengalaman kehidupan penulis dan 5 orang adik beradiknya yang dibesarkan secara sendirian oleh seorang ayah setelah kematian ibu tersayang. Pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi dan dikenang sepanjang hayat. Dugaan yang dilalui bukan penghalang untuk ayahnya mendidik mereka hingga berjaya. Pengalaman berharga ini menjadi perisai utuh kepada penulis untuk lebih tabah dalam menjalani kehidupan mendatang.

Kesimpulannya, kebergantungan seseorang kepada makhluk pada hakikatnya sangat terbatas. Semangat yakin diri yang didasari oleh sifat tawakal kepada Allah SWTtelah menjadikan penulis terus kental dan berjaya menjadi contoh kepada wanita lain.

Disediakan oleh Puan aznurul Ain binti Abdul Shukor.

Share this :