Program Book Review Siri 24 kali ini telah menampilkan dua orang penyampai akademik iaitu Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman bersama Dr. Mohamed Azlan bin Suhot untuk berkongsi buku bacaan mereka di program Book Review@UTMKL.

Penyampai pertama iaitu Prof. Dr. Mohd Hassan bin Mohd Osman telah berkongsi buku yang yang bertajuk “Jadi orang baik-baik”, hasil penulisan Raja Shamri Raja Husin. Dalam buku ini, penulis ingin berkongsi bagaimana manusia boleh jadi baik adalah dengan membiarkan seorang biasa untuk menghasilkan perkara yang luar biasa. Penulis juga memasukkan tip-tip yang berkesan antaranya adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah, menjaga hubungan sesama manusia serta menjaga hubungan dengan alam. Beliau juga menambah, jika ada sesuatu didalam hati yang buruk-buruk jangan disimpan, dan apabila ingin menolong, perlulah sentiasa merendah diri serta ikhlas hati. Pengulas memaklumkan untuk sentiasa menjadi pemaaf serta jangan jadi perfectionist.

Penyampai kedua iaitu Dr. Mohamed Azlan bin Suhot telah memilih buku yang berjudul “Red Rising” karya Pierce Brown. Buku ini adalah sebuah novel sains fiksyen yang diterbitkan pada tahun 2014. Red Rising adalah siri trilogi dan ini adalah siri yang pertama. Buku ini adalah mengenai manusia meneroka angkasa lepas dan menemui Darrow iaitu kaum Merah (Red) yang tinggal di Planet Marikh dan merupakan kasta yang paling rendah. Penulis menceritakan tentang pemberontakkan yang dilakukan oleh satu puak untuk menuntut keadilan yang sama seperti kelas atasan yang lain. Buku ini adalah kegigihan sesuatu kaum untuk membanteras ketidakadilan, penipuan, yang berlaku di planet tersebut. Pengajaran yang diperoleh, kita perlulah sedar adakah keselesaan kita selama ini adalah kerana kesengsaraan orang lain atau pun usaha kita sendiri. Penindasan perlu dielakkan bagi mencapai keharmonian dalam kehidupan.

Disediakan oleh Puan Aznurul Ain Abdul Shukor.

Share this :