Program Book Sharing siri ke 15 telah diadakan pada 24 September 2020 (Khamis) jam 10.00 pagi di READ Cafe, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (KL) yang turut dikongsi secara LIVE di halaman Facebook UTM Library KL.  Moderator program adalah Pn. Sharifah Radhiah Binti Syed Azman. Manakala pengulas jemputan terdiri daripada Pn. Noraliza Binti Omar dari Pejabat Timbalan Naib Canselor, UTM KL dan En. Muhammad Nadzrin Bin Abdullah Muhmmad Suhaimi dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM KL.

Pengulas pertama Pn. Noraliza Binti Omar telah berkongsi buku Menjejak 12 Suku Israel Yang Hilang hasil karya oleh Syed Mahadzir Bin Syed Ibrahim. Buku ini menjelaskan bahawa pada masa kini Israel terdiri dari dua suku iaitu Yehuda dan Benyamin. Namun menurut catatan sejarah sebenarnya terdapat sebanyak 12 suku Israel tetapi tidak dapat dipastikan ke mana 10 suku lainnya itu menghilang. Menurut pengulas, 12 suku ini dinamakan berdasarkan nama anak-anak lelaki Nabi Yaakub. Pada tahun 930 sebelum masihi, 10 suku membentuk Kerajaan Israel yang bebas di utara. Sementara 2 suku lainnya iaitu Yehuda dan Benyamin telah mendirikan kerajaan. Namun pada tahun 721 sebelum Masehi, kerajaan utara ditakluk oleh orang-orang Asyur.

Pn. Noraliza Binti Omar berkongsi buku bertajuk Menjejak 12 Suku Israel Yang Hilang

Peristiwa itu membuatkan 10 suku ini secara bertahap terasimilasi oleh bangsa lain dan dengan demikian perlahan-lahan menghilang dari sejarah. Berbeza cerita dengan keturunan Yehuda dan Benyamin yang masih kita temui hingga sekarang yang secara jamak disebut sebagai orang Yahudi kerana mereka diizinkan untuk kembali ke tanah air mereka setelah Pembuangan Babilon pada tahun 586 Sebelum Masihi. Tambahan beliau, penulis yakin bahawa suatu hari nanti 10 suku yang hilang itu akan ditemui juga. Bahkan pencarian untuk sepuluh suku hilang ini telah dilakukan oleh orang Yahudi, Kristian dan Islam di hampir seluruh dunia.

Pengulas kedua iaitu En. Muhammad Nadzrin Bin Abdullah Muhmmad Suhaimi dengan  buku Nikmat Syurga yang disusun oleh Norain Ishak. Menurut pengulas, manusia adalah makhluk yang layak disisiNya untuk menjadi penghuni tetap di syurga. “Firdaus” iaitu syurga yang tertinggi di aras Allah S.W.T dimana penghuni syurga boleh melihat dan menatap Allah S.W.T sebanyak 2 kali sehari.

En. Muhammad Nadzrin Bin Abdullah Muhmmad Suhaimi berkongsi buku Nikmat Syurga

Kenikmatan di dalam syurga dengan terdapatnya taman-taman yang bermacam-macam buah-buahan, air sungai yang terus mengalir dan pelbagai bilik-bilik yang penuh kenikmatan yang tidak terfikir dek akal manusia. Manusia disana ketika itu tidak tua malah kelihatan muda dan menawan. Disyurga apa jua yang kita inginkan, terus sahaja akan dikurniakan Allah S.W.T. Sesungguhnya, penyampai berpendapat bahawa buku ini jelas memberi bayangan yang hebat kepada penghuni syurga. Oleh itu, untuk mencapai nikmat syurga ini, kita perlu meninggalkan segala larangan dan berusaha serta melaksanakan segala amalan yang baik untuk mencapai kenikmatan syurga balasan bagi orang – orang yang beriman.

 

Share this :