Perpustakaan UTM di bawah program kualiti telah menganjurkan latihan Standard People Practice (SPP): Teknik Menjawab Panggilan Telefon. Latihan telah diadakan pada 3 November 2020 di Bilik Seminar 3, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Johor. Latihan dikendalikan oleh Jawatankuasa Latihan SPP terdiri daripada Cik Hamizah binti Sumin, Pustakawan Kanan dan Encik Abas bin Rahmat, Pustakawan serta dibantu oleh ahli jawatankuasa kecil latihan. Latihan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman teknik pengendalian telefon di kalangan staf perpustakaan. Seramai 17 orang staf baharu telah hadir pada program tersebut. Pengisian latihan adalah dalam bentuk taklimat serta diikuti dengan latihan amali mengenai teknik pengendalian telefon mengikut kumpulan. Semoga program ini dapat meningkatkan kualiti pengendalian telefon di perpustakaan serta menaikkan imej UTM.

Encik Abas bin Rahmat sedang memberi taklimat pengenalan kepada Standard People Practice (SPP).

 

Latihan amali secara berkumpulan.

Ahli jawatankuasa kecil latihan SPP turut membantu staf baharu menguasai teknik menjawab telefon.

Share this :