Menyahut seruan pihak Universiti agar stafnya berdaya kreatif dan inovatif, Perpustakaan UTM di bawah Seksyen Pengurusan Koleksi telah menubuhkan satu pasukan untuk proses redesign UTM Reading Station sediada yang mana agak suram dan kurang   menarik perhatian warga kampus untuk menggunakan perkhidmatannya supaya ianya lebih ceria dan menarik semula pengguna untuk menggunakannya.

Pasukan ini telah merekabentuk semula beberapa UTM Reading Station yang terpilih menggunakan rak terpakai dan diberi sentuhan baharu seperti rekaan rak yang menarik, pilihan warna dinding dan warna rak yang lebih ceria serta pemilihan tulisan yang menarik. Tujuannya untuk menjadikan UTM Reading Station yang telah direkabentuk semula lebih ringkas, ceria, lebih menarik  dan santai pengguna.

Dengan wujudnya konsep baharu UTMRS ini, diharapkan budaya membaca di kalangan warga kampus dapat diperkasakan. Penjenamaan semula UTMRS tidak akan berjaya dan tentunya tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen staf dan pihak Pengurusan Perpustakaan UTM. Ahli jawatankuasa UTMRS  amat berterima kasih dengan penglibatan pengurusan Perpustakaan UTM dari segi peruntukan  kewangan, khidmat nasihat, idea serta turut sama dalam memberikan sumbangan bahan bacaan.

UTM Reading Station Sekolah Kejuruteraan Biomedik dan Sains Kesihatan (UTMRS SKBSK)

 

UTM Reading Station Pusat Kesihatan UTM (UTMRS PKU)

 

Share this :