Dua orang staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur iaitu Puan Siti Aznur Binti Mohd Salleh, Pembantu Pustakawan Kanan dan Encik Muhammad Fikri Bin Yusof, Pembantu Pustakawan telah terlibat dalam Program Perkongsian Buku Staf Perpustakaan UTM KL Siri 2/2021. Moderator program ialah Encik Mohd Rizal Bin Man.

Puan Siti Aznur Binti Mohd Salleh mengulas buku bertajuk Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah

Pengulas pertama, Puan Siti Aznur Binti Mohd Salleh memilih buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah yang ditulis oleh Bushra Binti Talib. Buku ini secara ringkas mengupas 30 juzuk dan 14 surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Pengulas mengambil peluang untuk berkongsi pengisian yang terdapat dalam Surah Al-Baqarah, Surah Yusuf dan Surah Luqman.

Encik Muhammad Fikri Bin Yusof. Beliau mengulas buku bertajuk Transformasi Diri

Pengulas kedua, Encik Muhammad Fikri Bin Yusof mengulas buku bertajuk Transformasi Diri karya Anjar & Steven. Menurut beliau, buku  motivasi ini mampu membantu memandu pembaca untuk cemerlang dalam hidup. Perkara lain yang turut dikupas di dalam buku ini ialah ini pengalaman yang dimiliki samada kejayaan atau kegagalan. Setiap pengalaman tersebut mempunyai sumbangan yang tersendiri selain ianya dapat membaiki diri ke arah yang lebih baik.

Share this :