Program Sejarah Lisan Tokoh Akademik dan Pengurusan UTM telah berjaya dilaksanakan pada 7 April 2026 bertempat di Bilik Eksekutif (Studio Podcast), Aras 4, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, UTM Johor Bahru. Program ini menampilkan Puan Nor Azizah binti Ismail sebagai tokoh jemputan bagi berkongsi pengalaman, perjalanan kerjaya serta sumbangan beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran universiti sepanjang tempoh perkhidmatan di UTM .

Inisiatif yang digerakkan oleh Bahagian Ilmu Pengetahuan Institusi, Jabatan Perpustakaan UTM ini bertujuan memperkukuh pemeliharaan dan pemindahan khazanah pengetahuan tersirat (tacit knowledge) melalui pendekatan pendokumentasian sejarah lisan. Usaha ini merupakan satu langkah penting dalam memastikan pengalaman, kepakaran serta amalan terbaik dalam pengurusan institusi dapat dirakam, dipelihara dan dijadikan rujukan berharga kepada warga universiti pada masa hadapan.

Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini merangkumi sesi penerangan ringkas, temu bual sejarah lisan yang mendalam, serta sesi penyampaian cenderahati dan jamuan ringan seperti yang dinyatakan dalam tentatif program. Kehadiran para peserta turut mewujudkan suasana perkongsian ilmu yang interaktif dan bermakna.

Program ini diselaraskan oleh Puan Nas Rashidah binti Mohd Muztaza sebagai pustakawan yang bertanggungjawab mengurus dan menyelaras pelaksanaan keseluruhan program.

Share this :
UTM Open Day