Telah berlangsung Audit EAC (Engineering Accreditation Council Malaysia) bagi Malaysia Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada 23-24 Ogos 2021. Audit ini bertujuan untuk memperbaharui perakuan akreditasi pada kursus yang ditawarkan oleh MJIIT. Perpustakaan UTM turut terlibat di dalam proses audit yang dijalankan secara lawatan maya dengan menggunakan medium Webex. Seramai 3 orang pegawai dan 4 orang staf telah bersedia di dua buah lokasi perpustakaan  iaitu di Perpustakaan MJIIT dan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur bagi aktiviti lawatan maya dan menjawab persoalan panel sepanjang proses audit dijalankan.


Soalan utama yang ditanya oleh panel auditor adalah berkenaan inisiatif perpustakaan dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna. Terdapat dua inisiatif yang diketengahkan iaitu Book Delivery To You dan Drive Thru Service. Selain itu, auditor turut bertanya berkenaan peminjaman bahan antara perpustakaan cawangan dan induk, kemudahan bilik karel dan bilik perbincangan kepada pengguna serta kemudahan dan perkhidmatan atas talian. Secara keseluruhan aktiviti lawatan maya dan proses audit telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga MJIIT berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi ini.

Share this :