Quarantine Book Sharing @KSJ telah diadakan secara langsung pada 27 Ogos 2021 dari Facebook Live UTM Library Kuala Lumpur dan Facebook Live JKMKSJ. Program anjuran JKMKSJ dengan kerjasama UTM Library Kuala Lumpur telah berjaya menarik perhatian para penonton, serta memberikan inspirasi dalam kehidupan melalui ulasan yang diberikan dari pengulas buku yang terpilih bagi siri ini iaitu saudari Nurdayana Natasha Binti Mohd Johan dan saudari Noor Farhana Binti Abdul Rahim,

Puan Noor Ayesha Binti Mohd Ezanee selaku moderator telah menjemput saudari Nurdayana Natasha Binti Mohd Johan dengan bukunya yang bertajuk Halalan Thayyiban – Amalan Rukhsah dalam Pemakanan untuk memulakan perkongsian.

Noor Farhana Binti Abdul Rahim mengulas buku bertajuk Halalan Thayyiban – Amalan Rukhsah dalam Pemakanan.

Sesungguhnya sudah menjadi lumrah fitrah kehidupan bahawa manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Seiring dengan kemodenan tamadun manusia, corak pemakanan manusia juga sudah disuntik unsur kemodenan. Hal ini sekali gus menyebabkan kita tidak dapat lari daripada kesukaran membezakan unsur-unsur syubhah dalam konsep pemakanan moden pada hari ini. Mencari yang halal itu adalah fardu, maka amat penting bagi setiap Muslim untuk mengetahui lebih mendalam tentang konsep rukhsah dalam kehidupan sehariannya bagi mengelakkan unsur-unsur syubhah lebih-lebih lagi dalam tabiat pemakanan moden.

Pengulas mengatakan, buku ini membincangkan tentang konsep rukhsah dalam ilmu usul fiqh dengan memfokus kepada soal pemakanan dan penrubatan serta beberapa isu sampingan. Di samping itu, buku ini juga akan meneliti isu-isu semasa yang berkaitan fiqh pemakanan serta melihat huraian pertimbangan hukum syarak tentangnya.

Nurdayana Natasha Binti Mohd Johan mengulas buku bertajuk Being A Quran Tag Girl.

Program diteruskan lagi dengan jemputan kedua iaitu Noor Farhana Binti Abdul Rahim yang memilih buku Being A Quran Tag Girl. Buku ini merungkai serba sedikit mengenai penulisnya iaitu “Ayesha yang sangat menghayati Al-Qurannya dengan hebat”. Gaya penulisannya yang teratur dan amat mudah difahami menceritakan serba sedikit tentang bagaimana cara yang sesuai untuk kita mendekati diri kita dengan Al-Quran, agar hidup kita lebih bermakna dengan arah tujuan yang lebih baik dimasa akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Nurdayana Natasha Binti Mohd Johan dan saudari Noor Farhana Binti Abdul Rahim atas sesi perkongsian yang santai dan juga penuh dengan pengisian rohani yang bermakna bagi kita semua. Juga, tahniah dan syabas kami ucapkan kepada semua yang bersama kami sepanjang sesi Quarantine Book Sharing @KSJ. Semoga sesi kita kali ini memberikan seribu satu manfaat dalam memantapkan gaya hidup kita ke arah yang lebih baik.

Share this :