Penganjuran program dalam talian merupakan suatu tuntutan pada masa kini dalam membendung penularan COVID-19. Oleh itu, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perkongsian Penggunaan Aplikasi Streamyard pada 3 November 2021 (Rabu). Panel jemputan ialah Encik Zaidi Bin Othman, Pustakawan Kanan, Unit Pengurusan Multimedia Perpustakaan UTM Johor Bahru serta selaku pengurus kepada Aplikasi Streamyard Perpustakaan UTM.

Perkongsian ini diadakan melalui aplikasi WEBEX melibatkan kira-kira 20 orang peserta yang terdiri daripada staf Perpustakaan dan Pejabat Pendaftar, UTM Kuala Lumpur. Antara intipati program ialah penerangan mengenai pengenalan aplikasi Streamyard, kelebihan dan kekurangan aplikasi serta cara untuk mengendalikan Streamyard dalam sesuatu program.

Acara kemuncak adalah demonstrasi penggunaan aplikasi Streamyard dan kerja belakang tabir semasa sesebuah program berlangsung bagi meningkatkan kefahaman para peserta. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan dan menjayakan program dalam talian dengan lancar dan penuh dedikasi.

Share this :