Tema hari wanita untuk tahun 2022 adalah bertemakan “Saksama Bersama” yang digazetkan oleh Kementerian Wanita dengan bertemakan berwarna merah dan biru. Dimana warna Merah bermaksud semangat yang berani dan jiwa yang kental manakala warna biru membawa erti kesetiaan dan ketegasan. Panel bagi Program Hari Wanita slot ke-6 kali ini telah membawakan Dr Asma Lailee Mohd Noor, Timbalan Pengarah, Pusat Islam UMK dengan membawa tajuk “Bila Wanita Memimpin”. Beliau ada berkongsi Hadis dari Riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Sebaik-baik Perhiasan dunia adalah terdiri daripada Wanita yang baik. Slogan “Apabila wanita memimpin” adalah terdiri daripada seorang pemimpin yang solehah, walaubagaimana keadaan sekalipun, kesolehatan itu mestilah dibawa kemana-mana jawatan yang disandang samada dia adalah pemimpin ataupun pengikut dia tetap perlu memiliki jati diri wanita yang solehah.
“Apabila Wanita Memimpin”, beliau merujuk sebagai salah satu sumber utama terhadap kepimpinannya adalah terkandung dalam Al-quran Nur Karim. Terdapat dua perkara yang Rasulullah S.A.W tinggalkan sebagai panduan hidup kita terutamanya dalam kepimpinan, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W menurut hadis daripada Abu Hurairah. Rujukan utama yang harus dijadikan panduan adalah pemikiran kita sebagai seorang pemimpin harus dibentuk dan dicorak berdasarkan kepada apa yang ditunjuk oleh Al-quran dan As-sunnah dalam apa-apa keadaan, keputusan dasar ataupun polisi yang kita ingin lakukan sebagai pemimpin walaupun dimana-mana peringkat samada ketua unit, ketua kumpulan atau ketua Jabatan panduan untuk memuat segala dasar dan polisi dan tindaskan haruslah berdasarkan kepada Al-Quran dan As-sunnah nescaya akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T dan akan berkesan pelaksanaannya kerana kita meletakkan Allah SWT dan Rasulluallah S.A.W sebagai sumber yang tertinggi dan teratas.
Wanita memimpin haruslah berjalan selari dengan apa yang didasarkan, digariskan berdasarkan Al Quran dan Hadis Rasulluallah S.A.W sebagai pedoman dan petunjuk. Selain itu, “Apabila Wanita Memimpin”, yang paling utama adalah hubungannya dangan RabNYA. Hubungan seorang pemimpin dengan tuhannya. Semakin hebat hubungan kita dengan Allah S.W.T semakin mantap kepimpinan seorang wanita itu.
Yang Ketiga, pemimpin wanita menterjemahkan jati dirinya serta setiap tingkah lakunya dengan taat mengikut arahan Allah SWT. Jika kita ingin melihat pekerja kita patuh dan taat dengan arahan yang diberikan, kita sebagai ketua juga haruslah menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kita kepada Allah SWT dan juga ketaatan dan kepatuhan ketika melakukan sesuatu tugasan ataupun kerja. Dimana kita sebagai ketua dijadikan contoh kepada pekerja bawahan kita. Setiap tingkah laku kita haruslah selari dengan ketaatan dan arahan daripada Allah S.W.T. baik dalam keadaan gelap mahupun terang dan tersembunyi. Seorang pemimpin yang hebat, baik, yang solehah, pemimpin wanita itu harus mempunyai jati diri hasil daripada ketaatan perintah Allah S.W.T dan menjauhkan diri dari segala larangan Allah S.W.T baik dalam keadaan terang mahupun sembunyi yang juga merupakan sifat-sifat dan ciri-ciri Sifat Rabbani.
Bila wanita memimpin, Allah S.W.T. maha mendengar dan maha melihat, Allah S.W.T. mengetahui setiap tingkah laku dan percakapan kita. Allah memesan tunaikan amanah kepada yang berhak. Sentiasa adil dalam melakukan setiap perbuatan. Sentiasalah bersifat amanah dalam melakukan apa sahaja yang kita lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab. Ketegasan dalam melakukan keadilan supaya berlaku adil dalam setiap perbuatan kita.