Pada 22 Mac 2022 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pameran Seni Khat & Jawi di Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Bin Ismail, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. Turut hadir pada majlis adalah Puan Nor Asikin Binti Mohamad, Ketua Pustakawan UTM, Prof. Ts. Dr. Zaidatun Binti Tasir, Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, Puan Zanita Binti Anuar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Ustaz Jainal Bin Sakiban, Pengerusi Persatuan Seni Khat Johor merangkap Ketua Juri Pertandingan Khat Dan Jawi UTM 2022 serta Pegawai-Pegawai Kanan dan Pengurusan dari UTM, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan Persatuan Seni Khat.
Pameran dan Seminar Seni Khat dan Jawi ini telah dianjurkan mulai pada 1 Februari 2022 bertempat di Perpustakaan Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia. Ini merupakan satu usaha yang baik untuk menyebarluaskan dan menyemarakkan lagi kesenian Khat dan Jawi di Malaysia, khususnya di Universiti Teknologi Malaysia dan Negeri Johor.
Pelbagai program menarik yang dianjurkan seperti Forum Bicara Seni yang melibatkan kepakaran dari Malaysia, Brunei dan Indonesia, pertandingan Seni Khat dan Jawi serta Bengkel Seni Khat dan Jawi.