Lawatan Pengesahan Audit EAC (Engineering Accreditation Council) Kursus MPE & ESE, MJIIT telah berlangsung pada 31 Mac 2022. Perpustakaan sebagai salah satu fasiliti yang terpenting turut terlibat di dalam aktiviti pengauditan ini.  Sebagai persediaan awal, dokumentasi yang menyokong kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan telah disediakan dan diserahkan kepada urus setia. Lawatan tapak di perpustakaan telah dikendalikan oleh Pustakawan Perantara Perpustakaan MJIIT iaitu Puan Sharifah Ezathul Imma. Penerangan berkaitan koleksi bahan dan soalan berkaitan telah dijawab dengan baik dan jelas.

Untuk audit kali ini, dua kursus yang terlibat iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kejituan dengan Kepujian dan Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Elektronik dengan Kepujian. Dua ahli panel penilai daripada EAC terbabit ialah Ir. Prof. Dr. Goi Bok Min dengan Ir. Prof. Madya Dr. Raja Aziz Raja Maarof.

Secara keseluruhan aktiviti lawatan tapak dan proses audit di Perpustakaan MJIIT telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang. Semoga MJIIT berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi ini.

 

 

Share this :