Pada 29 Mac 2022 telah diadakan Taklimat Kampus Lestari : Kesedaran dan Peranan Perpustakaan yang disampaikan oleh YBrs. Prof Madya Ir. Dr. Shamsul bin Sarip, Timbalan Pengarah, Pejabat Pelestarian Kampus, UTM Kuala Lumpur (UTM KL). Moderator ialah Puan Sharifah Ezathul Imma Syed Zainal Abidin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM KL. Taklimat ini dihadiri oleh semua staf Perpustakaan UTM KL dan juga  Puan Zafarina, Green Manager, Perpustakaan UTM Kampus Johor Bahru.

Objektif taklimat ini adalah untuk mendapatkan rundingan serta nasihat mengenai perancangan aktiviti pelestarian di perpustakaan serta kaedah pendokumentasian laporan aktiviti yang terbaik, efisyen dan tepat dalam memenuhi kriteria Anugerah Kelestarian Green Leaf. Pelbagai cadangan aktiviti serta inovasi turut diberikan oleh panel selain strategi penulisan pelaporan yang berkesan. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab.

Terima kasih kepada YBrs. Prof Madya Ir. Dr. Shamsul bin Sarip kerana sudi meluangkan masa berkongsi maklumat pelestarian untuk pengetahuan  staf Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Semoga taklimat ini dapat dimanfaatkan bersama dan seterusnya dipraktikkan di dalam jabatan.

Share this :