Bersempena dengan bulan Ramadhan, Perpustakaan UTM dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan BAKES UTM telah menganjurkan k-sharing pada 12 April 2022. Program ini diadakan secara dalam talian di Facebook Perpustakaan UTM, Youtube UTM Library TV dan Facebook Pusat Islam UTM. Panel jemputan ialah Puan Mahawa binti Pilus, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh dan moderator ialah Cik Nurul Hajar binti Jamaluddin dari Pusat Islam UTM.


Puan Mahawa binti Pilus merupakan seorang Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi dan beliau juga adalah seorang penulis. Panel mula berkecimpung dalam aktiviti sedekah subuh dengan menubuh tabung anak yatim fakir miskin Tampin dan seterusnya menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh. Sumbangan yang diterima oleh pertubuhan akan disalurkan kepada aktiviti amal yang lain sebagai contoh program aqiqah, iftar, korban dan lain-lain.


Panel turut berkongsi cara beliau mengurus dan memanfaatkan masa di antara kerjaya dan tanggungjawab sosial yang beliau lakukan. Selain itu, panel turut menceritakan pengalaman dan aktiviti kebajikan yang dijalankan samada di dalam dan luar negara yang banyak memberik impak dalam kehidupannya. Seterusnya panel menekankan bahawa amalan bersedekah ini perlu dilakukan secara istiqomah kerana ganjarannya besar di sisi Allah S.W.T.

 

Share this :