Kursus ini telah diadakan pada 27 April 2022 di Makmal Pencarian Maklumat, Aras 3, PSZ dari jam 9.00-11.00 pagi. Pihak pengurusan telah menjemput Encik Chew Teong Han, Pegawai Penyelidik dari Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) sebagai penceramah dalam kursus tersebut.

Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kompetensi dikalangan Pustakawan dalam menguruskan data penerbitan dan penyelidikan sebagai persediaan kepada tugas Pustakawan di fakulti.

Kursus ini telah dihadiri oleh semua Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM secara fizikal bagi staf UTMJB dan secara dalam talian bagi staf UTM Pagoh. Staf UTMKL telah diberi salinan video kerana kursus ini diadakan pada hari Cuti Umum di Kuala Lumpur.

Share this :