Perpustakaan merupakan salah satu fasiliti utama bagi pengesahan audit akreditasi sesebuah program. UTMSPACE merupakan salah satu fakulti yang menawarkan program pengajian separuh masa dan mempunyai pelajar yang ramai di UTM Kuala Lumpur. Pada tahun 2022, UTMSPACE telah menjalani dua (2) kali lawatan tapak audit akreditasi untuk dua program yang berbeza.

Sesi lawatan fasiliti bagi Audit Akreditasi Diploma Ukur Bahan, pengajian separuh masa telah diadakan pada 30 Mac 2022 (Rabu) pada jam 3 petang yang dihadiri oleh dua orang panel dari MQA berserta staf akademik dari UTMSPACE.

Penerangan sumber pangakalan data kepada panel MQA

Manakala satu lagi Lawatan penilaian program pengiktirafan Sarjana Muda Senibina Landskap, Pengajian Separuh Masa, Universiti Teknologi Malaysia oleh Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) diadakan pada 14 Mei 2022 (Sabtu) jam 11 pagi yang diketuai oleh Pn Nurul Huda dari ILAM.

Lawatan tapak aduit fasiliti daripada ILAM

Kedua-dua proses lawatan tapak berjalan lancar dan penerangan telah diberikan oleh Pustakawan Kanan Unit Sirkulasi, Puan Sharifah Radhiah Syed Azman. Tujuan lawatan adalah bagi memastikan koleksi bahan rujukan terkini dan boleh diakses oleh semua pelajar. Panel audit turut memberi cadangan agar konsep Perpustakaan berubah mengikut arus semasa bagi menarik lebih ramai pengguna berkunjung ke Perpustakaan.

Koleksi Arkitek Landskap

Share this :