Program perkongsian ilmu bersempena dengan Hari Kokurikulum Mingguan UTM telah diadakan pada 31 Mei 2022 secara dalam talian dengan menampilkan panel jemputan iaitu Dr. Mohd Khairy bin Kamarudin, Pensyarah kanan dari Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM. Moderator program ialah Encik Mohd Admin bin Sadali dari Perpustakaan UTM.


Menurut Dr. Mohd Khairy, cerpen dan anekdot merupakan satu cerita pendek. Beliau juga berkongsi contoh cerpen dan anekdot hasil penulisan beliau dan dikongsikan juga ciri-ciri baik untuk sebuah cerpen dan anekdot.

Panel turut berkongsi pandangan dan cara menambah pendapatan melalui penulisan cerpen dan anekdot serta penerbitan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan meningkatkan semangat serta minat para penulis baharu dan sedia ada untuk mencari idea seterusnya memasarkannya kepada pembaca di luar sana.

Share this :