Kursus Pengurusan Risiko ISO 9001:2015  telah diadakan pada 6 Mac 2022 secara atas talian bermula jam 2.00 sehingga 5.00 petang. Ketua Pustakawan, Pn Nor Asikin binti Mohamad telah dilantik sebagai penceramah untuk kursus ini.

Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan kepada semua pemilik proses baharu dan pemilik proses sedia ada bagi menyediakan Dashboard Risiko prosedur masing-masing. Penyediaan Dashboard Risiko ini perlu diselaraskan agar menepati kehendak auditor semasa sesi audit dijalankan.

Kursus ini telah dihadiri oleh semua Pemilik Proses Jabatan Perpustakaan UTM secara dalam talian bagi staf UTM Johor Bahru, Pagoh dan UTM Kuala Lumpur.

Share this :