Kursus diadakan pada 25 Mei 2022 secara dalam talian bermula jam 3.00 petang oleh Puan Haslinda Sabari, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM bagi menerangkan secara umum berkenaan pergerakan serta inisiatif Open Science yang telah dilaksanakan di peringkat UTM secara umum dan di peringkat Perpustakaan UTM secara khususnya.

Penceramah juga menerangkan inisiatif Open Science terbaru yang masih dalam fasa pembangunan iaitu Research Data Management System yang berfungsi sebagai repositori data penyelidikan di UTM untuk tujuan perkongsian data di peringkat global. Kursus diakhiri dengan pemakluman berkenaan pelan perancangan yang telah disusun untuk memantapkan lagi usaha memperkenalkan Open Science di peringkat universiti.

 

Share this :