Perpustakaan UTM telah menerima sumbangan bahan bacaan sebanyak 1020 naskhah bagi bulan Julai hingga September tahun 2022. Jumlah bahan yang diterima oleh Unit Hadiah dan Pertukaran mengikut pecahan judul baharu sebanyak 379 naskah dan naskah tambahan sebanyak 641 naskah.

Buku-buku ini adalah merupakan hasil sumbangan daripada Pensyarah UTM, Penerbit UTM Press, Pejabat Naib Canselor UTM, Johor Corporation (JCorp) dan ramai lagi. Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna perpustakaan sekaligus menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidkan di UTM.

 

Share this :