Pada Jumaat, 11 November 2022 telah diadakan  lawatan panel penilai audit bagi audit akreditasi (kitaran baharu) untuk Program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah bagi pengajian separuh masa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur. Tujuan audit adalah untuk melihat kekuatan koleksi serta kemudahan yang ditawarkan kepada pelajar bagi menyokong proses pembelajaran mereka di UTM.

Lawatan di perpustakaan telah dikendalikan oleh Pustakawan Perantara bagi Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTMSPACE) iaitu Puan Sarasyima binti Md Salleh dan dibantu oleh staf Unit Sirkulasi & UTM Reading Station yang terdiri daripada Puan Norzilah binti Abd Aziz, Encik Muhammad Hanis bin Rahim, Encik Mohd Yusri bin Osman dan Encik Riza ‘Aizat bin Adib. Penerangan berkaitan koleksi bahan serta soalan berkaitan telah dijawab dengan baik dan jelas.

Sesi audit kali ini melibatkan tiga orang panel penilai daripada Majlis Akreditasi Perancangan Bandar, Lembaga Perancangan Bandar Malaysia iaitu TPr Haji Md Nazri bin Mohd Noordin (Wakil Pertubuhan Perancang Malaysia), Profesor Madya TPr Haji Mohamed Jamil bin Ahmad (Wakil Institusi Pengajian Tinggi) dan TPr Khairon Zairee bin Basiron (Urus Setia).

Wakil Fakulti Alam Bina dan Ukur dari UTM Johor Bahru yang turut serta dalam program audit pada kali ini terdiri daripada Prof Madya TPr Dr Hairul Nizam bin Ismail dan Dr Mohd Alif bin Mohd Puzi.

Turut mengiringi sesi audit adalah Staf UTMSPACE iaitu Cik Aznita Hazlina binti Mansor, Puan Farasdianna binti Ibrahim, Encik Zaki bin Abdullah, Encik Rosnizam bin Maarof dan Encik Mohd Zaini bin Azizan.

Secara keseluruhan, sesi audit di Perpustakaan UTM Kuala Lumpur berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Kesemua pihak memberikan kerjasama yang penuh dalam memastikan kelancaran proses pengauditan tersebut dan diharapkan agar UTMSPACE berjaya mendapat pengiktirafan akreditasi ini.

Share this :