Pada 16 November 2022 telah berlangsungnya Majlis Penutup UTM Library Research Weeks 2022  dan Majlis Perasmian Pameran Tokoh Penyelidik Prof. Ir. Dr. Nor Aishah binti Saidina Amin di Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah). Majlis diadakan secara hibrid dan bersiaran secara langsung di facebook Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library TV.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan UTM. Turut hadir adalah Prof. Ir. Dr. Nor Aishah binti Saidina Amin, Prof. Madya. Ir. Ts. Dr. Roshanida binti A. Rahman, Encik Kent Yeap, dekan – dekan Fakulti, Pengurusan Perpustakaan UTM, para juri serta para pemenang Pertandingan Research Canvas 2022.

Program yang berlangsung pada 3 Oktober hingga 9 November 2022 dengan tema Vitalising Research: Strengthening Visibility and Impact menampilkan pelbagai aktiviti perkongsian ilmu melalui aktiviti Knowledge Sharing, Bicara Karya dan Read & Relax, slot Publication Talks oleh Springer Nature, Elsevier dan Calrivate, Program Siri Jelajah Perpustakaan Ke Fakulti, Bengkel Klinik RADIS, bengkel penulisan dengan kerjasama Penerbit UTM dan Program Week of Welcome.

Pertandingan Research Canvas merupakan program signature Perpustakaan UTM telah memasuki tahun kelima penganjurannya. Pihak Perpustakaan UTM amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Springer Nature yang telah menjadi penaja utama dengan menaja hadiah yang cukup lumayan kepada pemenang dalam pertandingan ini. Pertandingan ini telah dibuka penyertaannya bermula pada 16 Ogos 2022 dan berakhir pada 24 Oktober 2022 dan sejumlah 100 penyertaan. Semua penyertaan telah diadili secara profesional oleh barisan panel juri yang dilantik oleh pihak Perpustakaan UTM.

Ketua Pustakawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa program, para penaja utama iaitu Springer Nature dan YUHA Associates atas sokongan dalam menjayakan majlis. Adalah diharapkan penganjuran program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan berimpak.

Majlis diteruskan dengan acara perasmian Pameran Tokoh Penyelidik Prof. Ir. Dr. Nor Aishah binti Saidina Amin di Galeri Tokoh Penyelidik, aras 3, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah.

Share this :