Program Khidmat Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Pahit, Gerik, Perak yang dijalankan pada 20 Oktober 2022 telah melibatkan sinergi di antara Jabatan Perpustakaan UTM, Prof. Dr. Maketab Mohamed dan Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Selatan). Sebanyak 200 naskhah buku merangkumi pelbagai topik menarik telah disumbangkan bagi kegunaan anak-anak Orang Asli dalam merancakkan amalan membaca.

 

Pihak Jabatan Perpustakaan UTM berharap agar usaha ini dapat membantu dan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan Orang Asli di kawasan tersebut sekaligus memberi manfaat ilmu pengetahuan dan pengkayaan bahasa di masa hadapan.

 

 

Share this :