Program BookSharing@UTMKL 2023 telah diadakan pada Khamis, 23 Febuari 2023. Untuk siri kedua ini, seorang pengulas telah dijemput untuk berkongsi mengenai buku pilihannya iaitu En. Mohammad Aiman bin Zainal Abidin yang telah memilih buku The Secret Life of Water hasil penulisan Masaru Emoto. Moderator bagi siri kali ini adalah Puan Noor Ayesha Mohd Ezanee dari Perpustakaan UTM Kuala Lumpur.



Pengulas memulakan ulasannya dengan menyatakan bahawa buku The Secret Life of Water ini menarik untuk dibaca dan ia adalah mengenai hasil kajian tentang kesan baik atau tidak baik sesuatu elemen terhadap air.  Jelas beliau, elemen baik atau tidak baik akan memberi kesan kepada pembentukan kristal molekul air ini.  Kajian Masaru Emoto juga menunjukkan bahawa niat kita juga membawa kesan kepada molekul air dan memberi kesan kepada kesihatan dan kondisi manusia.

Selain itu, buku ini juga meceritakan bagaimana terbentuknya kristal molekul air.  Langkah – langkahnya adalah, air akan diambil kemudian dibeku.  Ais yang terbentuk akan dilihat secara lebih besar sebanyak 200 kali ganda dan kemudian akan diambil gambar berkelajuan tinggi sebelum dipatenkan.  Kristal air ini hanya akan kelihatan hanya dalam masa dua minit sahaja.  Antara faktor-faktor yang memberi kesan kepada kristal molekul air adalah, perkataan/percakapan, muzik, doa, gambar dan sumbernya.



Kesimpulannya, penyampai merumuskan bahawa air mempunyai memori di mana ia boleh menyimpan apa yang dilihat atau dengar dan boleh membentuk molekul yang berbeza-beza.  Ia menunjukkan bahawa air mempunyai tindak balas terhadap persekitaran.  Air juga boleh membawa tenaga atau aura samada negatif mahupun positif.

Sebelum mengakhiri perkongsian, beliau mencadangkan agar penonton membaca buku ini kerana terdapat banyak fakta menarik yang boleh kita lebih ketahui selain ia memberi manfaat dalam kehidupan seharian.

Share this :