Perpustakaan Sultanah Zanariah telah menerima lawatan panel penilai akreditasi (EAC) dan Washington Accord (WA) pada 28 Februari 2023. Panel penilai terdiri daripada wakil Washington Accord dan wakil program pra-siswazah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Lawatan ini adalah sebahagian daripada agenda lawatan panel penilai akreditasi ke fasiliti fakulti dan UTM.

Panel penilai akreditasi terdiri daripada Dr. Luis Barrera, Prof. Megat Johari, Prof Shahrir, Ir. Kamal Dzulkhairis, Ir. Yau Kar Hing, Ir. Ku Ping Hee dan Ir. Ahmad Zaki. Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Zafarina Dol, Puan Syahranah Ahmad Raqi dan Puan Muzaimah Mohd Yunus sepanjang sesi lawatan.

Penerangan ringkas mengenai Perpustakaan UTM dan koleksi telah disampaikan oleh Puan Zafarina Dol dan Puan Syahranah Ahmad Raqi. Sesi soal jawab berlangsung sepanjang sesi lawatan, dan lawatan diteruskan ke koleksi bahan bacaan khusus untuk bidang Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Lawatan bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Share this :