Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah mengadakan beberapa siri Sesi Engagement di UTM KL bersama beberapa jabatan di sini. Inisiatif ini dilaksanakan dalam usaha untuk memperkasakan Sains Terbuka (Open Science) dan menyokong aktiviti penyelidikan.

Semasa sesi ini berlangsung, pihak Perpustakaan UTM KL menerangkan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan dalam menjayakan Open Science Citizen ini. Platform Research Data Management (RDM) diperkenalkan untuk menyatakan hasrat Perpustakaan ke arah mendapatkan data dan maklumat daripada PTJ yang berkenaan dan selari dengan fungsi Perpustakaan sebagai sebuah Institutional Knowledge dalam menguruskan pengetahuan dan maklumat untuk dikongsi bersama komuniti UTM khasnya.

Beberapa siri Sesi Engagement telah dibuat oleh Perpustakaan UTM seperti butiran dibawah:

1. Timbalan Pengarah TNCPI KL, Research Management Centre (RMC) dan Pusat
Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) : 16 Januari 2023 (Isnin)
2. Hal Ehwal Pelajar – 2 Feb 2023 (Khamis)
3. Hi – Coe : Institut Kebisingan dan Getaran (IKG) – 10 Feb 2023 (Jumaat)
4. Hi – Coe : Wireless Communication Centre (WCC) – 28 Feb 2023 (Selasa)

Semoga peluang yang diberikan untuk kami berkongsi ini dapat memberi ruang dan keterbukaan warga UTM untuk berkongsi data dan maklumat yang berkaitan untuk kepentingan sejagat.

Share this :