Green Office Committee (GOC) Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk turut serta di dalam Program Trash to Cash & Sumbangan Pakaian Terpakai anjuran Pejabat Pelestarian Kampus.

Tempoh pengumpulan barangan bagi program ini telah bermula pada 10 Mac 2023 dan serahan telah dilaksanakan pada 14 Mac 2023 di Sangkar 3R. Antara barangan yang telah disumbang oleh staf adalah minyak masak terpakai, E-waste, barangan elektrik, pakaian dan buku-buku terpakai.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah memberi sokongan dengan menyumbang pelbagai barangan terpakai bagi program kali ini.

Wakil daripada SW Corp Malaysia turut berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Perpustakaan UTM di masa yang akan datang. GOC akan terus komited dalam menyokong dan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menyokong aspirasi pelestarian jabatan dan universiti.

Share this :