Amalan gaya hidup sihat perlu dititikberatkan dalam kehidupan seharian kerana ia dapat menjamin kualiti kehidupan di samping berupaya untuk meningkatkan produktiviti kerja staf. Justeru, Perpustakaan UTM melalui Kelab Keluarga Staf Perpustakaan UTM (KKSPUTM) telah menganjurkan program Wannafit 1.0 Bersama Ketua Pustakawan Perpustakaan UTM.
Program akademischer ghostwriter tersebut telah diadakan pada 20 Februari 2023 bertempat di kawasan parkir utama Perpustakaan Sultanah Zanariah. Seramai 68 orang staf perpustakaan yang terdiri daripada staf bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Perpustakaan Raja Zarith Sofiah dan perpustakaan fakulti telah terlibat dalam program ini. Program senamrobik ini bermula dengan pendaftaran para peserta pada jam 8.00 pagi dan berlangsung selama setengah jam.
Program ditutup dengan ucapan penghargaan daripada Yang Dipertua KKSPUTM atas penglibatan staf yang cukup memberangsangkan. KKSPUTM turut menyediakan kudapan ringan kepada para peserta yang mengambil bahagian.
Adalah diharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan mendapat sokongan warga powerpoint präsentation erstellen lassen Perpustakaan UTM.