Pada 22 Mac 2023 yang lalu, telah diadakan Program BookSharing@UTMKL 2023/Siri 3. Dua orang penyampai telah digandingkan iaitu Cik Mastura binti Rosly (Juruukur Bahan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)) dan Puan Siti Hajar binti Mohd Shahrain (Arkitek, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)) . Moderator adalah Sharifah Ezathul Imma Binti Syed Zainal Abidin (Pustakawanan Kanan, Perpustakaan UTM Kuala Lumpur).

May be an image of 3 people, headscarf and text

Program dimulakan oleh Cik Mastura binti Rosly yang memilih buku bertajuk 5 Langkah Untuk Mengurus Obesiti yang ditulis oleh Anjali Arora. Menurut beliau, obesiti mempunyai peratusan yang tinggi di Malaysia juga dunia. Pembaca dapat mengetahui definisi obesiti, punca-punca, pengiraan BMI serta langkah mengurus obesiti dan amalan gaya hidup sihat apabila membaca buku ini. Secara umumnya, obesiti adalah berat badan berlebihan yang terjadi disebabkan pengumpulan lemak.  Pengumpulan lemak terhasil daripada sumber tenaga yang tidak digunakan lalu badan kita menyimpannya dalam bentuk lemak.

May be an image of 2 people

Menurut beliau, obesiti terjadi berpunca daripada diet yang tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat serta keturunan.  Ini adalah punca utama kepada penyakit seperti darah tinggi, lemah jantung dan lain-lain. Bagi mengatasi masalah ini, langkah yang terbaik adalah kita seharusnya bijak mengurus pemilihan makanan, makan mengikut masa yang sesuai, mengurus pengambilan kalori serta bersenam. Sebelum mengakhiri perkongsian, beliau mengingatkan bahawa obesiti harus diatasi untuk mengelakkan perkara ini mengancam kesihatan kita.

Perkongsian diteruskan lagi oleh Puan Siti Hajar binti Mohd Shahrain yang memilih buku The Cat In The Hat’ yang ditulis oleh Dr. Seuss. Menurut beliau, The Cat in the Hat ialah buku cerita berkonsepkan imaginasi dari seorang kanak-kanak lelaki.  Ia menampilkan watak seekor kucing setinggi manusia dengan topi belang dan tali leher merah yang mengganggu budak lelaki itu dan kakaknya, Sally. Kanak-kanak itu melihat ketika ikan peliharaan mereka bergaduh dengan kucing kerana menyepahkan rumah mereka pada hari hujan apabila ibu bapa mereka tiada. Kucing itu membawa masuk dua rakannya, Thing One dan Thing Two, membuat kacau sehingga kanak-kanak lelaki dan Sally takut mereka akan dimarahi apabila ibu mereka balik nanti.

May be a cartoon of ‎2 people and ‎text that says '‎LIVE f 115 UTM Library Kuala Lumpur Ive ۔d 19m・ Overview BOOKSHARING @UTMKL Live hat Your replies UTM Library Kuala Lumpur perkongsian menarik hari ini THE CAT IN THE HAT HECAT Sebarang persoalan boleh dikemukakan ruangan komen.... See more Like Reply Hasmimie Arrfin SITI HAJAR MOHD SHAHRAIN Reply Hide Pin Send Message aBinti Rosly| Tajuk Buku: Zul Ghazali salamualaikum Salam Sejahtera, Dr.Seuss Langkah Untuk Mengurus Obesiti Penulis Anjali Arora Penyampai Puan Tube LIVE Hide Pin Send Message Hanafiah Mas Message UTM Library Kuala Lumpur Jom kongsikan pengalaman anda dalam menjalankan diet‎'‎‎

Untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku,  kucing itu disuruh pergi. Kanak-kanak lelaki itu dan Sally mengambil tanggungjawab untuk mengemas kembali rumah yang telah bersepah.  Begitu juga dengan kucing yang telah pergi tadi kembali semula dengan mesin mengemas kerana rasa bertanggungjawab dan membantu kanak-kanak itu mengemas rumah.

Di akhir penceritaan, penulis cerita ini mempersoalkan apakah patut kanak-kanak itu memberitahu ibu mereka apa sebenarnya yang berlaku dan penyampai berpendapat bahawa kebenaran boleh ditangguh atau disimpan untuk menunggu masa yang lebih sesuai untuk disampaikan. Menurut beliau, buku ini sangat menarik untuk dijadikan sebagai ‘bed story’ atau sebagainya dalam memupuk budaya membaca di kalangan anak-anak.

May be an image of 4 people, headscarf and text that says 'LIVE UTM Library Kuala Lumpur slive uYrd Overview BOOKSHARING @UTMKL smelapiamenece Your replies Syarifah Syaliyana Ali pandangan puan tentangada seseteng orang yang katanya menjaga makar tapi badan etap naik juga Ari Zan Hide Send b'senam memang perlu dalam mengurangkan pemakanan antara tradisional amalkan... Kuala Lumpur HADIRAN PROGRAM BOOK SHARING@UTMKL 22 MAC 2023 (RABU) badan... cuma nak tanya dalam mana yang rasa lagi elok untuk kita Ezathul Imma Syed Zainal Abiddin, Pustakawan Perpustakaan UTM pada pagi pagi sahaja Mohon kehadiran tuan/puan pada pautan google fmberku form http://forms.gle/5ptLNsUGLE UG1wZX8 DOCS.GC OGLE.CO PENGES AHAN...'

Share this :