Majlis Pelancaran ‘Read Cafe@UTMKL x He & She Coffee’ yang berlangsung pada 3 Ogos 2023, telah disempurnakan oleh Yang  Berbahagia Profesor Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. Majlis ini turut dijayakan dengan kehadiran En. Zulkiflee, ‘Founder He & She Coffee’ yang telah menyumbangkan idea dan sokongan untuk merealisasikan ‘Read Cafe@UTMKL’ dengan jayanya.

Kemeriahan majlis semakin terasa dengan kehadiran beberapa tetamu kehormat seperti Prof. Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan Puan Nor Asikin Mohamad, Ketua Pustakawan UTM serta para tetamu kehormat lain yang telah memberi sokongan penuh dalam mewujudkan kerjasama ini sekaligus memajukan pembudayaan ilmu di kampus.

Dalam majlis yang penuh bermakna ini, juga diadakan Penyerahan Baucar Rahmah RM5 ‘He & She Coffee’ sebagai token penghargaan sinergi UTM dan ‘He & She Coffee’ ini dalam menjayakan ‘Read Cafe@UTMKL’.

Semoga sinergi Perpustakaan dan ‘He & She Coffee’ akan terus berkembang dan memberi impak yang besar kepada komuniti kampus, meningkatkan minat membaca serta mencipta ruang mesra untuk berbincang dan bertukar ilmu di kalangan pelajar dan staf UTM Kuala Lumpur.

Share this :