Perpustakaan UTM telah menerima kunjungan lawatan penandaarasan daripada delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 6 Ogos 2023 (Ahad) dengan kehadiran seramai 11 orang pegawai yang terdiri daripada staf Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) dan Research Management Centre (RMC). Delegasi ini telah dibahagikan kepada dua (2) kumpulan dimana satu (1) kumpulan ke Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS) yang berfokus kepada pembangunan dashboard dan satu kumpulan lagi ke Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) yang berfokus kepada RADIS dan penerbitan.

Para pelawat telah dibawa melawat ke sekitar PRZS selama satu (1) jam sebelum ke sesi taklimat pembangunan dashboard yang telah disampaikan oleh En. Yusrul Hisham selaku Timbalan Pustakawan, Seksyen Multimedia dan Automasi. Taklimat pembangunan dashboard turut disertai oleh En Fahiezan, En Shahrul dan Cik Aida. Delegasi diketuai oleh En Azrul selaku wakil bahagian automasi dan turut disertai wakil bahagian perolehan, En Hisyam dan wakil bahagian perkhidmatan, En Shahrul.

Selain daripada pembangunan sumber maklumat, antara intipati perbincangan ialah tentang inisiatif perkongsian sumber maklumat, pengendalian koleksi digital, pembangunan koleksi ilmu pengetahuan institusi dan sistem KOHA.

Delegasi turut tidak melepaskan peluang untuk turut mengunjungi Galeri Raja Zarith Sofiah, Galeri Tokoh Penyelidik dan Galeri Koleksi Khazanah Intelektual Johor. Delegasi turut dibawa melawat ke ruang koleksi tesis di Aras 3, PRZS yang menghimpunkan koleksi tesis baharu dan terkini dari fakulti-fakulti di UTM.

 

Share this :