Jabatan Perpustakaan UTM Kuala Lumpur telah menganjurkan satu sesi Townhall Pencapaian Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua Pelan Tindakan 2023 enVision 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Ghazali, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah Kuala Lumpur (PSZKL) pada 7 Ogos 2023 yang bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Sesi townhall ini dimulakan dengan perkongsian Timbalan Ketua Perpustakaan PSZKL, Puan Nik Masriza Zakaria berkenaan Pelan Tindakan 2023 Envision 2025 Jabatan Perpustakaan UTM. Sesi diteruskan dengan pembentangan pencapaian Key High Impact Results (KHIR) dan High Impact Factor Results (HIR) oleh empat orang Pustakawan Kanan iaitu Puan Nurrull Huda Abdul Wahid, Encik Mohd Zaidi Othman, Puan Noor Ayesha Mohd Ezanee dan Puan Sharifah Radhiah Syed Azman.

Sesi townhall ini diadakan bukan sahaja bertujuan untuk melaporkan pencapaian hasil pelan tindakan serta gerak kerja yang telah diambil tetapi juga menjadi medium perbincangan serta perkongsian idea dalam kalangan Pustakawan disamping untuk memberikan penerangan serta pendedahan yang lebih jelas kepada semua agar pelan tindakan enVision 2025 ini dapat dikongsikan kepada staf di bawah seliaan masing-masing.

Semoga sesi ini dapat memberikan lebih banyak idea-idea kreatif serta berinovasi dalam merencana pelan tindakan yang akan dilaksanakan dalam usaha menyokong kejayaan enVision universiti.

Share this :