Perpustakaan UTM (Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor, Pro Canselor UTM pada 16 Ogos 2023. Kehadiran beliau telah disambut oleh Cik Haslina binti Othman, Timbalan Ketua Pustakawan (Ilmu Pengetahuan Institusi) serta wakil pengurusan Perpustakaan UTM yang lain. Lawatan telah dimulakan dengan sesi lawatan ke ruang pameran terbuka di lobi Perpustakaan Raja Zarith Sofiah yang mempamerkan sejarah perpustakaan UTM.

Penerangan berkaitan pameran di ruang terbuka oleh Timbalan Ketua Pustakawan (Ilmu Pengetahuan Institusi), Cik Haslina binti Othman.

Lawatan diteruskan ke Sudut Bacaan Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor, Aras 2, Bangunan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah. YBhg. Pro Canselor turut mengambil kesempatan untuk mengimbau kenangan serta menceritakan beberapa kisah dari buku tulisan beliau berjudul “Potrait of A Thousand Smiles”.

YBhg. Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor mengimbas semula memori indah dari buku tulisan beliau berjudul “Potrait of A Thousand Smiles”

Perpustakaan UTM amat berbesar hati kerana sekali lagi telah menerima sumbangan dua (2) naskhah buku hasil tulisan terkini oleh YBhg. Pro Canselor. Buku ini akan diabadikan sebagai koleksi peribadi beliau di Sudut Bacaan Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Pro Canselor UTM atas kesudian beliau meluangkan masa melawat Perpustakaan UTM.

Sumbangan buku tulisan terkini berjudul “A Decade of YPASM and Antartica” oleh YBhg. Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor kepada Perpustakaan UTM.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama staf perpustakaan di ruang pameran terbuka Perpustakaan Raja Zarith Sofiah sebagai tanda kenangan.

Share this :