Satu sesi perbincangan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jelotong (SKeJ), Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 22 Julai 2023 dalam usaha pemugaran semula Pusat Sumber Sekolah (PSS). Sesi ini dihadiri oleh Pengurusan SKeJ, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta guru-guru PSS. Matlamat utama usaha ini ialah untuk mengoptimumkan pengunaan PSS dalam kalangan pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian program NILAM serta merancakkan lagi pembudayaan membaca.

Sebagai mendokong inisiatif SKeJ, Jabatan Perpustakaan UTM bersama Persatuan Pustakawan Kumpulan Selatan (PPM KS) telah menyumbangkan sejumlah 100 naskhah buku daripada pelbagai kategori seperti bacaan am, fiksyen, motivasi, dan agama untuk meningkatkan dan mempelbagaikan pilihan bahan bacaan di PSS SKeJ. Bahan sumbangan ini telah disampaikan oleh Puan Khairulbahiyah Yaakub, Ketua Seksyen Perkhidmatan Maklumat, Jabatan Perpustakaan UTM kepada Tuan Md Yazid b. Kamri, Guru Besar SKeJ.

Perpustakaan UTM mengalu-alukan sumbangan buku sama ada baru dan terpakai (dalam keadaan baik) bagi menyokong usaha menyemarak budaya membaca dalam kalangan pelajar dan komuniti sekitar UTM. Majukan sumbangan anda kepada Puan Liza binti Porijo, Pustakawan Kanan, Jabatan Perpustakaan UTM melalui emel liza@utm.my.

Share this :