Kursus Penulisan Course Information telah diadakan pada 28 Ogos 2023 (Isnin) bertempat di Makmal Pencarian Maklumat, Perpustakaan Sultanah Zanariah bermula jam 8.15 pagi hingga 5 petang. Kursus ini melibatkan Pustakawan di Seksyen Perkhidmatan Maklumat dan Seksyen Penyelidikan.  Modul kursus ini dikendalikan oleh Puan Khairulbahiyah Yaakub yang merupakan Ketua Seksyen Perkhidmatan Maklumat.

Serba sedikit pengenalan kepada Course Information (CI) ini, ia berkait rapat dengan mata Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) yang perlu dikumpul oleh setiap staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui penyertaan staf ke program-program umum anjuran UTM mahupun kursus-kursus tertentu anjuran jabatan mahupun Pusat Pembangunan Bakat dan Kepimpinan (CTLD). Ia bermula pada tahun 2022 di mana setiap ketua seksyen diminta untuk menghasilkan Course Information. Ianya bersangkut-paut dengan CPD dimana pihak CTLD telah pon memperkenalkan sistem mata demerit yang baharu di mana ianya lebih khusus dan terperinci serta terbahagi kepada tiga (3) kategori utama, iaitu fungsian, generik dan pimpinan.

Peserta kursus diberi pemahaman tentang kriteria yang perlu dimasukkan dalam penyediaan CI. Fasilitator pula bertanggungjawab untuk memberi panduan dalam menyediakan CI tersebut. Setiap pegawai bertanggungjawab untuk menghasilkan CI bagi menyokong dan mengenal pasti kompetensi setiap staf. Fasilitator menekankan setiap CI yang dihasilkan perlu ada taksonomi dan assessment.

Di akhir modul, fasilitator memberi tugasan kepada peserta untuk menghasilkan CI bagi setiap seksyen untuk tahun 2024. Seterusnya, pada sesi petang, pembentangan CI telah dijalankan. Terdapat banyak teguran dan pembetulan serta pandangan untuk menambah baik CI yang telah dihasilkan. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dan seterusnya berupaya untuk menghasilkan CI yang baik bagi meningkatkan tahap kompetensi staf.

Share this :