Pada 9 Januari 2024 (Selasa), Perpustakaan UTM Kuala Lumpur (PUTM KL) menerima kunjungan penting daripada lima (5) orang Pegawai dari Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Puan Marhaniza Abdul Halim, Ketua Jabatan Perpustakaan USIM, turut menyertai lawatan istimewa ini.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UTMKL di samping mendapatkan maklumat mengenai konsep kafe di dalam persekitaran perpustakaan. Lawatan dimulai dengan taklimat ringkas oleh Puan Nik Masriza Zakaria selaku Timbalan Ketua Pustakawan Perpustakaan UTMKL bertempat di Read Cafe@UTM Library di Menara Razak. Turut menyambut delegasi adalah Pustakawan bertugas iaitu Puan Nurull Huda binti Abdul Wahid dan Puan Khairun Nadzrah binti Khalid. Usai perbincangan delegasi meneruskan lawatan ke Perpustakaan UTMKL (PSZKL).

Lawatan tamat pada pukul 12 tengah hari selepas sesi penerangan yang melibatkan perbincangan dan pertukaran pendapat antara kedua-dua pihak. Lawatan ini mencerminkan komitmen institusi pengajian tinggi untuk saling berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan akademik yang ditawarkan kepada pelajar dan penyelidik. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Share this :