Pada 16 Januari 2024 (Selasa), satu (1) sesi Library Engagement bersama Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, FSSH UTMKL. Seramai 13 orang staf akademik termasuk Dr. Zuhana Mohamed Zin, Pengarah FSSHKL telah menghadiri sesi ini dan ia merupakan Program Library Engagement yang pertama diadakan untuk tahun 2024. Pustakawan Kanan yang terlibat dalam sesi ini adalah Puan Nurrull Huda, Puan Khairun Nadzrah, dan Puan Sharifah Ezathul Imma.

Beberapa topik telah diterangkan dengan lebih jelas, dalam memberikan pemahaman yang lebih lanjut kepada staf akademik di FSSH yang berkaitan dengan perkhidmatan Perunding Sokongan Penyelidikan, garis panduan penggunaan RADIS (Research and Development Information System), penerangan tentang Program Pendidikan Pengguna (Literasi Maklumat), penggunaan Pangkalan Data dan Document Management System (DMS) serta permohonan Interlibrary Loan (ILL). Turut diterangkan juga Informasi tentang penggunaan Endnotes dan Turnitin sebagai platform yang membantu dalam penghasilan penulisan dan penyelidikan yang berimpak.

Dalam sesi kali ini, topik perbincangan utama adalah berkenaan RADIS yang menerangkan tentang garis panduan dan prosedur terkait dengan penggunaan RADIS. Hal ini kerana terdapat beberapa isu yang sering dialami oleh para staf akademik sewaktu pengisian data dalam RADIS. Para pustakawan telah mencadangkan beberapa solusi bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Sesi yang berlangsung lebih kurang satu (1) jam ini secara tidak langsung telah membuka peluang dan ruang sinergi di antara fakulti dan perpustakaan di samping dapat membantu staf akademik di FSSH lebih memahami perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan di perpustakaan UTM.

Laporan disediakan oleh: NORFAMIEZA BINTI MOHAMED FAYLI

Share this :