Pada 28 Mac 2024 (Khamis), Jabatan Perpustakaan UTM (JPUTM) telah menganjurkan Program Read & Relax Siri 6/2024 yang disiarkan pada jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari. Turut disiarkan secara langsung melalui platform laman rasmi Facebook dan Youtube Perpustakaan UTM. Panel pengulas pada kali ini adalah Ts. Umussaadah Adam, Pegawai Penyelidik, Centre for Real Estate Institute for Smart Infrastructure and Innovate Construction, UTM Johor Bahru dan Puan Salina Muhamad, Pegawai Tadbir Kanan, Pusat inovasi dan Pengkomersialan (ICC), UTM Johor Bahru. Manakala, moderator bagi sesi kali ini adalah Encik Salihuddin Bakhri, Pembantu Pustakawan Kanan, JPUTM.

Panel pengulas pertama telah memilih buku Cinta Sentiasa Menang yang ditulis oleh Bonda Nor. Menurut panel, buku ini memberi panduan dan peringatan mengenai penyusunan keutamaan cinta dalam kehidupan. Cinta yang utama sebenarnya adalah cinta kepada Allah SWT dan diikuti oleh para-para Rasul. Sifat cinta terhadap Allah SWT kelak akan mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya meletakkan Allah SWT sebagai perkara utama dalam kehidupan dan ia merupakan salah satu cara bagi memperoleh rahmat dan redhaNya.

Panel pengulas kedua,  Puan Salina Muhamad memilih buku bertajuk Mera Nam Hai Samhan karya Dr Samhan. Menurut pengulas, buku ini merupakan kisah hidup penulis sendiri yang telah berjaya melalui cabaran hidup ketika menjadi seorang pelajar sehingga berjaya merealisasikan impian ibu tercinta untuk menjadi seorang doktor. Pengalaman berharga penulis dimuatkan dalam buku ini bagi memberi inspirasi kepada generasi muda terutamanya yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Panel menyatakan bahawa penulis mempunyai semangat juang yang tinggi dan sentiasa positif kerana tempoh yang perlu dilalui oelh penulis bagi menghabiskan pengajian dalam bidang kedoktoran ialah selama 10 tahun, dan ia bukanlah satu (1) jangka masa yang pendek. Hanya yang cekal dan betul-betul komited dapat mengharunginya.

Kedua-dua buku genre motivasi ini berupaya memberi refleksi kepada pembaca untuk muhasabah diri agar menjadi insan yang berjaya bukan sahaja didunia malah diakhirat, serta dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada yang lain.

 

 

Share this :