5 September 2024, Khamis – Perpustakaan UTM berbesar hati menerima kunjungan lawatan dari Information Resource Centre (IRC), Universiti Teknologi Petronas (UTP). Lawatan ini telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah.

Lawatan yang telah dijadualkan bermula pada jam 9 pagi itu melibatkan perbincangan dan pembentangan mengenai pelbagai maklumat, di antaranya seperti Pengurusan Data Penyelidikan (RDM), pembangunan komuniti dalam Sains Terbuka serta platform yang menyokong RDM di UTM.

Antara yang turut serta dalam lawatan ini ialah Puan Sharifah Fahimah Saiyed Yeop, Senior Executive; Puan Kamaliah Mohd, Manager, serta Puan Zaidah Mahmud, Senior Executive. Kehadiran mereka dalam lawatan ini memberikan peluang untuk memperkukuhkan kerjasama antara institusi, di samping bertukar pandangan mengenai pengurusan sumber maklumat dan perkhidmatan perpustakaan yang lebih berkesan. Manakala, wakil dari JPUTM yang turut hadir dalam lawatan ini adalah Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan, diiringi oleh Puan Haslina binti Nasir dan Cik Haslina Othman, Timbalan Ketua Pustakawan. Turut hadir bersama Encik Yusrul Hisham Mohd Yusof dan Puan Syahranah Ahmad Raqi juga hadir sebagai Ketua Seksyen. Beberapa orang pustakawan kanan lain turut terlibat dalam mengendalikan perbincangan serta sesi lawatan ini.

Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan akademik serta pusat sumber, terutamanya dalam konteks transformasi digital dan penyelidikan. Melalui perkongsian ini, kualiti perkhidmatan kedua-dua perpustakaan dapat dipertingkatkan, sambil mewujudkan hubungan sinergi antara kedua-duanya. Hubungan ini penting bagi memastikan kemajuan dan perkembangan dalam pengurusan perpustakaan, terutamanya dalam menghadapi cabaran masa depan.

Share this :