Program The Amazing Race: Library Edition telah berjaya dianjurkan oleh Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 2 Disember 2025 (Selasa) dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Program ini melibatkan seramai 52 orang peserta iaitu 13 kumpulan yang terdiri daripada pelajar pelbagai fakulti. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan UTM melalui pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif.

Program ini dilaksanakan dalam bentuk perlumbaan berkumpulan yang memerlukan peserta menyelesaikan pelbagai tugasan dan cabaran di beberapa lokasi terpilih sekitar perpustakaan di dalam kampus UTM. Antara lokasi checkpoint ialah bangunan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Perpustakaan FABU, Perpustakaan FKM, UTM Reading Station di Scholar Inn UTM, dan Perpustakaan Raja Zarith Sofiah (PRZS).

 

 

 Program ini juga berjaya mewujudkan interaksi positif antara peserta dan pihak penganjur, sekali gus menjadikan perpustakaan sebagai ruang pembelajaran yang dinamik dan inklusif. Maklum balas yang diterima daripada peserta amat memberangsangkan. Ramai peserta menyatakan bahawa program ini memberi peluang kepada mereka untuk mengenali lebih banyak lokasi dan kemudahan perpustakaan. Peserta juga mencadangkan agar lebih banyak aktiviti berbentuk permainan dan kuiz pengetahuan am dianjurkan pada masa hadapan serta berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan.

Keputusan rasmi The Amazing Race: Library Edition menyaksikan pasukan NOVA TEAM muncul sebagai johan, diikuti oleh OMEGALOOP di tempat kedua dan IMPIAN di tempat ketiga. Pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah FANTASTIC 4, SUKSIS RAWR, SIRAJAN MUNIRA, THE BOYZ, TEAM ACE, MECH4MINDS, KRP BOISS, PKJ, UPUP DAN PAKISTAN SHAHEENS. Kesemua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan, daya saing yang sihat serta kerjasama yang cemerlang sepanjang program berlangsung.

Share this :
UTM Open Day