Program Knowledge Sharing anjuran Jabatan Perpustakaan UTM kali ini membawa satu perkongsian menarik bertajuk “Spring Cleaning” Rumahku Syurgaku. Program ini bersiaran secara langsung manerusi Facebook Live Perpustakaan UTM dan Youtube UTM Library TV pada 14 Februari 2022. Penceramah jemputan ialah Ar. IDr. Ts. Noraslinda Abdul Rahman, Pengarah KALAM, Jabatan TNCPI Fakulti Alam Bina & Ukur, UTM dan Puan Nurul Ashikin Amran, Home Decor Instagram Influencer @ashikinamran. Moderator program adalah Puan Norsyuhada Shafie, Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTM .

Sebagai pengenalan, menurut Ar. IDr. Ts. Noraslinda Abdul Rahman “Spring cleaning” adalah pembersihkan pada setiap ruang-ruang rumah. Manakala secara sejarahnya ia adalah pembersihan pada musim bunga dimana rakyat di negara luar melaksanakan pembersihan rumah secara keseluruhannya sebelum bermulanya tahun baru. “Spring cleaning” ini biasanya terjadi ketika musim sejuk, musim bunga, dan sebagainya. Praktisnya di Malaysia ini adalah apabila adanya majlis-majlis ataupun tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain perayaan. Tambah beliau lagi, “Spring cleaning” ini adalah sangat digalakan untuk dilakukan secara berkala ataupun setahun sekali bagi setiap ruang kediaman.

“Spring cleaning” ini juga dapat membantu untuk menyusun balik perabot-perabot lama yang berdebu dan berhabuk dapat dibersihkan secara menyeluruh. Secara tidak langsung rumah akan bersih serta keluarga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan selesa. Cara yang efektif bagi memulakan aktiviti ini adalah dengan membuat perancangan yang sangat teliti untuk aktiviti ini dengan mengenal pasti ruang iaitu tempat/lokasi untuk dibersihkan. Seterusnya tenaga kerja iaitu siapa yang akan terlibat dan yang terakhir ialah kos serta masa yang merupakan faktor penting dalam proses “Spring Cleaning” ini.

Di dalam perkongsian ini juga, Ar. IDr. Ts. Noraslinda Abdul Rahman memaklumkan sekiranya ingin menjalankan kerja-kerja mengubahsuai rumah yang melibatkan perubahan struktur seperti penambahan ruang. Maka, kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan adalah wajib dengan mengikut syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Panel kedua, Puan Nurul Ashikin Amran memulakan perkongsian dengan berkongsi cara beliau mendapatkan Idea/ inspirasi dalam mendekorasi rumah iaitu dengan menyewa rumah ketika melancong ke luar negara dimana disitulah beliau mendapat ilham serta idea dan inspirasi untuk mengubah suai rumah. Keadaan rumah yang disewa itu tidaklah begitu besar akan tetapi dari segi susun atur perabot membuatkan rumah tersebut selesa untuk didiami kebanyakkannya adalah berkonsepkan “English Modern”. Selain itu, dengan menonton rancangan TV Show juga memberi inspirasi dan juga idea-idea baru untuk ubahsuai rumah beliau.

Puan Nurul Ashikin mengunakan organizer untuk perkakasan rumah beliau seperti mengunakan kotak- kotak untuk dijadikan pembahagi (partition) untuk meletakkan tempat letak kasut, rak dan sebagainya supaya kemas, teratur dan mudah dicapai. Manakala bagi perabot pula beliau memilih perabot yang berona earth tone dan juga wooden tone serta dinding dicat dengan menggunakan warna putih supaya ruang kediaman kelihatan lebih luas dan selesa.

Pada pandangan Puan Nurul Ashikin “Spring Cleaning” adalah tentang kebersihan rumah sekaligus dapat menjaga kesihatan dan beliau berpendapat jika rumah bersih ia dapat memberi satu mood/vibes yang positif kepada diri sendiri dan juga ahli keluarga. Dari segi kekerapan ia adalah subjektif kerana setiap orang berlainan cara untuk membersihkan rumah. Akan tetapi ini semua bergantung kepada dua faktor iaitu dari segi masa dan juga jenis pembersihan yang kita lakukan.

 

Share this :