Jabatan Perpustakaan UTM telah menganjurkan Persidangan Pustakawan bagi tahun 2022 pada 1 dan 2 Mac 2022 secara dalam talian melalui aplikasi Webex. Persidangan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan Key Amal Indicator (KAI) Korporat, Jabatan perpustakaan UTM bagi tahun 2022 iaitu untuk memenuhi KAI Universiti. Persidangan ini telah dihadiri oleh semua Pustakawan, Jabatan Perpustakaan UTM.

Persidangan ini dimulakan dengan perasmian oleh Y.Bhg. Puan Nor Asikin binti Mohamad, Ketua Pustakawan Jabatan Perpustakaan UTM. Seterusnya beliau menyampaikan taklimat bertajuk “Finding Niche & Standard Absolute” iaitu hala tuju Jabatan Perpustakaan UTM menuju tahun 2050 selaras dengan keperluan universiti.

Sesi kedua pula adalah, taklimat Persidangan Pustakawan dan Envision UTM 2025: Jabatan Perpustakaan UTM. Sesi tersebut telah disampaikan oleh Puan Zaleha Binti Atan, Timbalan Ketua Pustakawan (Perancangan dan Pembangunan) dengan penerangan KAI Korporat JPUTM 2022 yang perlu dicapai oleh Jabatan Perpustakaan UTM. Seterusnya para pustakawan telah dibahagikan kepada kepada lima (5) kumpulan mengikut bahagian bagi membincangkan KAI Korporat JPUTM 2022 melalui sesi ‘Breakout Session’. Manakala fasilitator setiap kumpulan pula terdiri daripada semua Timbalan Ketua Pustakawan.

Pada hari kedua persidangan, setiap kumpulan menjalankan pembentangan KAI Korporat JPUTM 2022 dan hasil pembentangan tersebut telah dikemaskini dan dijadikan pelaporan KAI Jabatan Perpustakaan UTM kepada pihak Univeristi.

Share this :